Program jualan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Sultan Badlishah telah berjalan dengan jayanya. Ia mendapat sambutan pelbagai pihak dari dalam dan luar UiTM. Terima kasih diucapkan kepada semua.
Pengenalan
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, December 28, 2022
Sunday, November 27, 2022
Program Jualan Kitar Semula
AUDIT PENSIJILAN SEMULA QE/5S UNTUK TAHUN 2022/2023
![]() |
Sesi Pembukaan |
![]() |
Sesi Pembentangan oleh Ketua Perpustakaan |
![]() |
Sesi Soal Jawab |
![]() |
Lawatan Audit Kawasan Sekitar |
![]() |
Lawatan Audit Kaunter |
![]() |
Penerangan Tentang Inovasi eView |
![]() |
Sesi Bergambar Bersama |
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Sunday, November 6, 2022
Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Sultan Badlishah
Thursday, August 18, 2022
Tafsiran Logo Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Perpustakaan Sultan Badlishah
Tafsiran Warna
Warna Hijau Gelap
Warna hijau gelap melambangkan kematangan organisasi
Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia menjadi simbolik terhadap keupayaan setiap
kakitangan dalam organisasi ini menangani setiap permasalahan.
Warna Putih
Warna putih melambangkan ketelusan. Kakitangan yang mahir,
cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas seharian merupakan aset terpenting organisasi
ini.
Warna Hijau Muda
Warna hijau muda melambangkan kesepaduan semua orang di
perpustakaan ini. Di samping itu juga ia menjadi simbolik terhadap sikap
keterbukaan dan kreativiti. Setiap kakitangan dan pengguna perpustakaan memandang
serius sistem ini dan tidak ada sikap ambil mudah dalam perlaksanaan sistem QE/5S
di perpustakaan ini.
Warna Kuning
Warna kuning melambangkan kehormatan. Setiap orang perlu
menghormati amalan persekitaran berkualiti yang diamalkan di perpustakaan ini.
Tafsiran Rekabentuk
Rekabentuk logo adalah berkonsepkan keceriaan, jadi
pemilihan tulisan, bentuk dan warna adalah mengikut konsep tersebut. Berasaskan
bulatan penuh yang memberi maksud menyeluruh, global dan terbuka.
Perkataan ‘5S’ direkabetuk secara ‘free’ sebagai mewakili
semua kakitangan dan pelajar bebas melaksanakan sistem 5S mengikut kreativiti
masing-masing tapi tidak terpesong dengan sistem yang asal.
Lakaran abstrak latar belakang logo melambangkan kreativiti
dan kemahiran. Ia juga bermaksud setiap orang berhak menggunakan kreativiti dan
kemahiran masing-masing di dalam amalan QE/5S.