Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Sunday, November 27, 2022

Program Jualan Kitar Semula

Program Jualan Kitar Semula anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah akan diadakan bermula 18 Disember 2022 sehingga 22 Disember 2022. Penglibatan semua warga kampus UiTM Kedah amtlah diharapkan. Ia bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar kita. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Hasrizal Md Hasan di talian 04-4562236



AUDIT PENSIJILAN SEMULA QE/5S UNTUK TAHUN 2022/2023 

Audit pensijilan semula QE/5S Perpustakaan Sultan Badlishah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 November 2022. Pihak MPC telah mewakilkan Cik Sarah Afiqah Kamaruzaman (Pegawai Perunding) sebagai Auditor.

Sesi Pembukaan

Sesi Pembentangan oleh Ketua Perpustakaan

Sesi Soal Jawab
Lawatan Audit Kawasan Sekitar
Lawatan Audit Kaunter

Penerangan Tentang Inovasi eView


Sesi Bergambar Bersama

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Sunday, November 6, 2022

Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Sultan Badlishah

Pada 06 November 2022, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Jamalludin Sulaiman diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan iaitu Encik Ahamad Zuber Mohamed, telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Sultan Badlishah. Satu taklimat dan juga sesi perbincangan bersama para staf Perpustakaan Sultan Badlishah telah diadakan.