Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Tuesday, December 14, 2021

Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022


 

Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional SP 1

 Pada 14 Disember PSB berbesar hati menerima satu lawatan penandaarasan oleh  Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2. Satu pengiktirafan kepada PSB apabila menerima lawatan penandaarasan dari pihak luar. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Secara tidak langsung kami di PSB dapat bertukar pandangan dan hasilnya dapat diterapkan dan diamalkan di organisasi masing-masing.

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Pusat Sumber dari Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2 seramai 10 orang. Lawatan tersebut bertujuan melihat kepada 5S PSB, berkolaboratif serta berkongsi maklumat tentang perjalanan aktiviti dan operasi perpustakaan.


Taklimat oleh Timbalan Ketua Pustakawan, PSB Puan Azizah Khasim



Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2.



Penerangan Sistem PALS



PALS (Patron Attendance Log System)



Lobi PSB


Demo IView OKU



Ruang pameran



Penerangan  Library of Congress Classification (LCC)



Lawatan koleksi majalah dan jurnal



Demo hot stamping



Sesi penyampaian cenderahati



Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022

Hari yang dinantikan telah tiba. Dengan izin Allah semoga perjalanan Audit Pensijilan QE5S PSB berjalan lancar.

Dengan kehadiran dua wakil MPC secara rasminya  Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022 telah bermula.



Sesi pembukaan audit


Wakil MPC En. Ahmad Fathan dan En. Armeen Syazwan


Pembentangan oleh Pn. Azizah Khasim Timbalan Ketua Pustakawan PSB



 

Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022


 

Monday, December 13, 2021

Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021

   Sambutan Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021, UiTM Cawangan Kedah  berlansung secara sederhana tetapi meriah lantaran pandemik yang melanda seluruh dunia. Pada sambutan kali ini PSB, telah mendapat anugerah Pengurusan Maklumbalas Pelanggan Terbaik.

Meskipun semasa BDR (bekerja dari rumah) PSB terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna samada melalui atas talian, chat with librarian, kelas atas talian dan juga panggilan telefon. Dalam apa jua keadaan kami terus komited sebagai sokongan pembelajaran di IPTA khususnya di UiTM.                       




                              


Wednesday, December 1, 2021

Lawatan Penandaarasan Jabatan Penerangan Negeri Kedah

 Pada 1 Disember PSB telah menerima satu lawatan penandaarasan dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah seramai 10 orang yang bertujuan ingin melihat secara dekat pengurusan fail dan rekod PSB. Taklimat Amalan QE5S disampaikan oleh Encik Amiruddin, Pustakawan Kanan PSB. Lawatan ini memberi satu penghormatan kepada PSB kerana MPC selaku badan pengurusan kualiti telah mencadangkan PSB sebagai penandaarasan QE5S.

Selain daripada penyimpanan dan pengurusan fail di dalam kabinet fail, PSB juga menggunakan cloud storage sebagai lokasi penyimpanan kerana kemampuan pengindeksan cloud storage yang mudah dan pantas serta boleh diakses di mana sahaja dan bila bila masa.



Taklimat oleh Pustakawan Kanan PSB



Kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah



Sistem pengurusan dan pinjaman suratkhabar



Demo alat bantu belajar OKU Retinitis Pigmentosa (iView)



Ruang kerja dan lift buku



Demo sistem pengurusan fail dan rekod



                                                Penerangan sistem pengurusan fail dan rekod



Sesi penyampaian cenderahati



Sesi bergambar