Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Tuesday, December 14, 2021

Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022


 

Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional SP 1

 Pada 14 Disember PSB berbesar hati menerima satu lawatan penandaarasan oleh  Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2. Satu pengiktirafan kepada PSB apabila menerima lawatan penandaarasan dari pihak luar. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Secara tidak langsung kami di PSB dapat bertukar pandangan dan hasilnya dapat diterapkan dan diamalkan di organisasi masing-masing.

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Pusat Sumber dari Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2 seramai 10 orang. Lawatan tersebut bertujuan melihat kepada 5S PSB, berkolaboratif serta berkongsi maklumat tentang perjalanan aktiviti dan operasi perpustakaan.


Taklimat oleh Timbalan Ketua Pustakawan, PSB Puan Azizah Khasim



Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2.



Penerangan Sistem PALS



PALS (Patron Attendance Log System)



Lobi PSB


Demo IView OKU



Ruang pameran



Penerangan  Library of Congress Classification (LCC)



Lawatan koleksi majalah dan jurnal



Demo hot stamping



Sesi penyampaian cenderahati



Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022

Hari yang dinantikan telah tiba. Dengan izin Allah semoga perjalanan Audit Pensijilan QE5S PSB berjalan lancar.

Dengan kehadiran dua wakil MPC secara rasminya  Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022 telah bermula.



Sesi pembukaan audit


Wakil MPC En. Ahmad Fathan dan En. Armeen Syazwan


Pembentangan oleh Pn. Azizah Khasim Timbalan Ketua Pustakawan PSB



 

Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022


 

Monday, December 13, 2021

Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021

   Sambutan Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021, UiTM Cawangan Kedah  berlansung secara sederhana tetapi meriah lantaran pandemik yang melanda seluruh dunia. Pada sambutan kali ini PSB, telah mendapat anugerah Pengurusan Maklumbalas Pelanggan Terbaik.

Meskipun semasa BDR (bekerja dari rumah) PSB terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna samada melalui atas talian, chat with librarian, kelas atas talian dan juga panggilan telefon. Dalam apa jua keadaan kami terus komited sebagai sokongan pembelajaran di IPTA khususnya di UiTM.                       




                              


Wednesday, December 1, 2021

Lawatan Penandaarasan Jabatan Penerangan Negeri Kedah

 Pada 1 Disember PSB telah menerima satu lawatan penandaarasan dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah seramai 10 orang yang bertujuan ingin melihat secara dekat pengurusan fail dan rekod PSB. Taklimat Amalan QE5S disampaikan oleh Encik Amiruddin, Pustakawan Kanan PSB. Lawatan ini memberi satu penghormatan kepada PSB kerana MPC selaku badan pengurusan kualiti telah mencadangkan PSB sebagai penandaarasan QE5S.

Selain daripada penyimpanan dan pengurusan fail di dalam kabinet fail, PSB juga menggunakan cloud storage sebagai lokasi penyimpanan kerana kemampuan pengindeksan cloud storage yang mudah dan pantas serta boleh diakses di mana sahaja dan bila bila masa.



Taklimat oleh Pustakawan Kanan PSB



Kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah



Sistem pengurusan dan pinjaman suratkhabar



Demo alat bantu belajar OKU Retinitis Pigmentosa (iView)



Ruang kerja dan lift buku



Demo sistem pengurusan fail dan rekod



                                                Penerangan sistem pengurusan fail dan rekod



Sesi penyampaian cenderahati



Sesi bergambar

Monday, November 29, 2021

Penyegar Udara Semulajadi





 PSB secara berterusan komited dalam penjimatan perbelanjaan pengurusan. Dengan kreativiti kakitangan PSB daun pandan digubah menjadi jambakan bunga untuk dijadikan pewangi semulajadi. Daun pandan yang digubah ini diletakan di tandas kakitangan dan pelajar. Pokok pandan tumbuh subur di taman herba PSB menyebabkan sumber gubahan senang didapati. 

Pertandingan QE5S

Pada 29 November 2021 telah berlangsung upacara ringkas penyampaian hampers dan cenderahati kepada pemenang Pertandingan Amalan QE5S Perpusatakaan Sultan Badlishah yang melibatkan kategori Zon Terbaik, Kaunter Terbaik dan cenderahati AQEC.

Tujuan pelaksanaan pertandingan seumpama ini adalah untuk memastikkan kesinambungan amalan QE5S di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia juga sebagai penandarasan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan. Tahniah kepada pemenang Amalan QE5S 2021


Kategori Zon Terbaik: Zon B


Kategori Kaunter Terbaik: Kaunter Perkhidmatan Pelanggan



 Cenderamata Khas: AQEC 2021

Thursday, November 18, 2021

Audit Jemputan Pra Pensijilan QE5S

Pada 18 November telah berlangsung pra-audit pensijilan oleh auditor jemputan Felo 5S, UiTM Cawangan Kedah sebagai satu penandaarasan sebelum audit pensijilan MPC untuk tahun 2021/2022. Audit ini juga akan menentukan pemenang bagi Kaunter Perkhidmatan Terbaik dan Zon Terbaik yang dipertandingkan saban tahun sebagai galakan dan kayu pengukur dalam amalan persekitaran berkualiti di PSB.


Audit Kaunter Perkhidmatan Pelanggan


Audit Kaunter Digital


Audit tempat simpanan kertas


Penerangan oleh ketua Zon A


Audit meja kerja
    

Audit Persekitaran



Wednesday, November 17, 2021

Gotong Royong Perdana PSB 2021

Pada 17 Dec, PSB telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana melibatkan semua kakitangan PSB. Inilah rutin saban tahun PSB dalam mengamalkan Amalan QE5S di PSB. Aktiviti ini memberi impak besar dengan PSB dapat mejimatkan ruang penyimpanan yang terhad. Barang yang masih diperlukan akan di susun di tempat simpanan sementara.

Melalui Jawatankuasa Inovasi QE5S PSB juga mengambil inisiatif dengan mengitar semula bahan bahan terbuang seperti kotak peralatan diubah suai menjadi bingkai dan backdrop pameran. Bin bookdrop dijadikan bin buku yang didermakan oleh pengguna PSB. Manakala selfcheck machine dijadikan sistem daftar diri pengguna yag ingin memasuki PSB.

Bahan bahan seperti suratkhabar, dokumen yang telah diracik, besi dan tembaga akan dikitar semula melalui syarikat kitar semula.

Meja bacaan disusun mengikut penjarakan sosial dengan mengambil kira had pengguna dan jarak sosial. Kaunter perkhidmatan, kolam ikan dan persekitaran dibersihkan dengan kerjasama dengan kontraktor pembersihan UiTM.








 a

Wednesday, November 3, 2021

Penggunaan Ruang Optimum




 

Idea penggunaan ruang bawah tangga lobi PSB tercetus apabila PSB mula kekurangan ruang untuk meletakan cenderahati yang diterima. Lantaran itu ruang bawah tangga lobi dipilih untuk dibina rak simpanan dan pameran cenderahati yang diterima oleh PSB.

Penggunaan ruang yang optimum sangat penting dalam memastikan ruang yang ada dapat digunakan sepenuhnya, kemas dan sedap mata memandang.

Sunday, October 24, 2021

Pigeon Hole Marker





 PSB menggunakan pigeon hole marker sebagai satu inovasi kepada kakitangan untuk menunjukan borang yang terdapat di dalam pigeon hole hampir kehabisan. Pigeon hole marker ini sangat penting dalam penjimatan penggunaan kertas dan kos salinan di mana kakitangan hanya perlu membuat salinan jika keseluruhan marker anak panah jelas kelihatan. Salinan baru boleh dibuat dengan salinan asal yang disediakan di bawah marker anak panah pigeon hole.

Monday, October 18, 2021

3R: Reuse, Reduce dan Recycle


 Pada asalnya terminal ini merupakan SelfCheck Machine (Mesin Pinjaman Buku Layan Diri). Setelah sekian lama berbakti kepada pengguna mesin ini mengalami kerosakan dan tidak lagi pratikal untuk dibaikpulih dan digunakan.

Malalui Jawatankuasa Inovasi QE5S Perpustakaan Sultan Badlishah, mesin ini diubah suai menjadi ID CHECKIN  Sistem PALS.

Jika membuat perolehan baru terminal seumpama ini harganya mencecah puluhan ribu ringgit. Dengan bermodalkan kreativiti Inovasi QE5S PSB dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan dengan konsep Reuse, Reduce dan Recycle.

Sunday, August 1, 2021

Label Tandas

Melalui Amalan QE5S yang berterusan. Penambahbaikan dilakukan secara berterusan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bukan sahaja dibahagian hadapan, bahkan  sudut yang kurang diberi perhatian seperti tandas juga dilakukan penambahbaikan. Pintu bilik air dilekatkan label ilustrasi untuk memudahkan pengecaman jenis tandas yang disediakan untuk pengguna memilih tandas yang bersesuaian dengan keselesaan pengguna




 

Pintu tandas juga dilabelkan agar memudahkan rujukan kakitangan dan kontraktor pembaikan untuk mengesan lokasi kerosakan. Ini dapat menjimatkan masa dalam menentukan lokasi kerosakan.

Saturday, July 31, 2021

AQEC 2021

PSB telah menyertai AQEC (Annual Quality Environment Challenge) 2021 berlansung pada 28 Julai 2021 secara maya dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) . Tahniah kepada wakil PSB kerana mendapat dua anugerah Gold Award dan Sustainability Award. Ini merupakan satu pengiktirafan di atas usaha berterusan dalam mengamalkan Amalan Pesekitaran Berkualiti.




Berdiri belakang: Rozaini Yahaya Pembantu Pustakawan Kanan, Mat Asri Baharom Pembantu Pustakawan Kanan, Rosdi Hamad Rodzi Pembantu Pustakawan Kanan dan Noor Azlina Hamzah Pembantu Pustakawan Kanan.

Duduk depan: Muhamad Azrul Ayob Pembantu Pustakawan Tertinggi, Hamidah Mohd Pembantu Pustakawan Kanan dan Zakaria Muhammad Pembantu Pustakawan Kanan.







    Gold Award


  
Sustainability Award