Pada 17 Dec, PSB telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana melibatkan semua kakitangan PSB. Inilah rutin saban tahun PSB dalam mengamalkan Amalan QE5S di PSB. Aktiviti ini memberi impak besar dengan PSB dapat mejimatkan ruang penyimpanan yang terhad. Barang yang masih diperlukan akan di susun di tempat simpanan sementara.
Melalui Jawatankuasa Inovasi QE5S PSB juga mengambil inisiatif dengan mengitar semula bahan bahan terbuang seperti kotak peralatan diubah suai menjadi bingkai dan backdrop pameran. Bin bookdrop dijadikan bin buku yang didermakan oleh pengguna PSB. Manakala selfcheck machine dijadikan sistem daftar diri pengguna yag ingin memasuki PSB.
Bahan bahan seperti suratkhabar, dokumen yang telah diracik, besi dan tembaga akan dikitar semula melalui syarikat kitar semula.
Meja bacaan disusun mengikut penjarakan sosial dengan mengambil kira had pengguna dan jarak sosial. Kaunter perkhidmatan, kolam ikan dan persekitaran dibersihkan dengan kerjasama dengan kontraktor pembersihan UiTM.
a
No comments:
Post a Comment