Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Sunday, December 6, 2020

Pengenalan




Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sultan Badlishah kemudianya berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 pada tahun 2002. Perpustakaan menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Integrated Library Management Utilities) untuk pengurusan bahan dan koleksi. Seramai 750 pengguna dapat dimuatkan  di dalam satu masa. Pada akhir tahun 2002, perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Sultan Badlishah bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Sultan Kedah. Pada tahun 2018, perpustakaan telah menggunakan WILS (Web Integrated Library System) untuk menggantikan Sistem ILMU.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, Perpustakaan Sultan Badlishah mengorak langkah dalam memperolehi Pensijilan QE5S oleh MPC. Dengan komitmen kakitangan, kerjasama dan sokongan UiTM Cawangan Kedah secara amnya. Perpustakaan Sultan Badlishah pada 2014 berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan pertama oleh MPC.

Selama 6 tahun berturut-turut PSB berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan memperolehi Pensijilan QE5S. Bermula tahun 2018 MPC memperkenalkan penarafan pensijilan dengan penganugerahan bintang dalam sijil MPC. Perpustakaan Sultan Badlishah berjaya mendapat 3 bintang iaitu yang tertingi penarafanya. Lebih membangakan PSB berjaya mengekalkan selama 2 tahun berturut-turut

Kaunter Perkhidmatan


Ruang Lobi


Cenderahati 1


Cenderahati 2


Cenderahati 3



Penarafan 3 Bintang







No comments:

Post a Comment