Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Sunday, December 6, 2020

e-Census

Pada 7 Disember 2020 telah berlangsung Klinik e-Census dan Pengisian Online e-Census Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Pejabat Operasi Sungai Petani, Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah bertempat di Perpustakaan Digital, Perpustakaan Sultan Badlishah untuk kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Perpustakaan Sultan Badlishah berkeyakinan dengan kemudahan fasiliti,persekitaran yang bersih dan selesa hasil Amalan Persekitaran QE5S mampu menawarkan venue untuk sebarang acara.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia ini adalah yang ke-6 sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Uniknya kali ini adalah pertama kalinya Census dijalankan secara atas talian dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan dunia digital yang semakin berkembang maju. Census sebelum ini dilaksanakan dengan lawatan dari rumah ke rumah oleh kakitangan dan pekerja sambilan Jabatan Perangkaan Malaysia. Dengan perkembangan teknologi digital e-Census dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan rakyat  Malaysia dapat mengisi secara layan diri di portal e-Census.

Jabatan Perangkaan melaksanakan Klinik e-Census ini dengan menyasarkan komuniti setempat di pusat komuniti serta membuat lawatan di badan berkanun dan jabatan  kerajaan untuk memudahkan panduan dan tunjuk ajar diberikan.

e-Census ini  penting untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan berdasarkan data banciaan terkumpul bagi tahun semasa.














No comments:

Post a Comment