Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, October 25, 2023

eVIEW: OKU Detach Retina

Perpustakaan Sultan Badlishah komited dalam mempertingkatkan kemudahan kepada para pengguna tanpa mengira halangan fizikal dan latar belakang dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan. Dengan persekitaran yang kondusif pengguna dapat membuat rujukan dan melaksanakan kerja khusus yang telah diberikan. 

Kemudahan Terminal eVIEW tersedia dengan kelengkapan kanta pembesar, lampu terbina dalam yang mempunyai 3 pilihan warna lampu iaitu warm, cool dan blue light. Lebih unik lagi variable light value boleh diubah secara manual untuk menentukan tahap kecerahan lampu mengikut kehendak pengguna. Dengan paparan bersaiz 27" IPS FHD display dapat memberikan kejelasan imej dan abjad dengan jelas dan tajam. Untuk sokongan audio, eVIEW dilengkapi dengan teknologi noise canceller melalui sound card dan headphone yang disediakan untuk sistem audio yang jelas dan ketara.



High contrast keyboard



Pengguna detach retina



Ergonomik monitor handle 360° rotation. 45° tilt 



Tuesday, October 17, 2023

eVIEW: Open and Distant Learning (ODL)

Semasa dunia dilanda pandemik Covid 19, satu cabaran dalam memastikan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran di Universiti Teknologi Mara adalah kekangan teknologi dan kemudahan yang sedia ada. Pada masa itu ODL merupakan suatu benda baharu sama ada bagi tenaga pengajar dan pelajar.

Walaupun pandemik telah reda, kaedah ODL masih lagi diguna pakai secara meluas untuk menjalankan kelas secara maya. Ini disebabkan kekangan dan keperluan dalam menjalankan kelas secara bersemuka tidak dapat dijalankan secara normal, maka kaedah ODL menjadi pilihan tenaga pengajar.

Maka eVIEW yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah boleh dijadikan pilihan untuk menjadi platform ODL. Maklumbalas yang diberikan tenaga pengajar berpuas hati terhadap paparan, sistem bunyi yang jelas dan kejelasan kamera. 







 

Monday, October 16, 2023

Penyertaan OKU: Tiada yang tertinggal dalam Agenda Pembangunan 2030

Kurang upaya fizikal bukan penghalang untuk meneruskan pengajian di UiTM. Muhammad Amirul Iman Abd Shukor pelajar UiTM yang lumpuh separuh badan sejak lahir gigih meneruskan pengajian Diploma Pengajian Perniagaan di UiTM Cawangan Kedah, Merbok. Beliau bersama rakan sepengajian menjalankan tugasan yang diberikan oleh pensyarah melalui bantuan Terminal eVIEW yang dibina khusus untuk membantu pengguna OKU. Alat ini dapat membantu pelajar hilang upaya dari segi fizikal, penglihatan dan pembelajaran serta OKU pelbagai dalam membuat rujukan dan menyelesaikan tugasan. Terminal ini dibangunkan oleh Kumpulan KIK  ILHAM, Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah dengan sumbangan dana Unit Perkhidmatan OKU UiTM melalui Tabung Cakna OKU UiTM. Dilengkapi dengan hight contrast reading, text to speech, headphone, kanta pembesar dengan lampu terbina dalam dan eVIEW camera dapat membantu mereka membuat rujukan bahan seperti pengguna lain.






Sunday, October 1, 2023

Lawatan Penandaarasan Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Kedah

Perpustakaan Sultan Badlishah berbesar hati menerima kunjungan lawatan penandaarasan Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Kedah pada 1 Oktober 2023. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dr. Junaida Ismail merangkap Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Kedah. Taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketus Pustakawan Pn Azizah Khasim dan Pembantu Pustakawan Kanan selaku ketua Jawatankuasa Latihan QE5S Perpustakaan Sultan Badlishah.