Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, November 4, 2020

50 000 Pengunjung Maya Portal Rasmi Perpustakaan Sultan Badlishah






TERIMA KASIH!!

50,000 pengunjung maya portal Perpustakaan Sultan Badlishah bagi Januari - November 2020.

Dalam norma baharu semasa penularan pandemik Covid-19 Perpustakaan Sultan Badlishah secara berterusan komited dalam menawarkan sokongan pengajian secara ODL (Open and Distance Learning). ODL  adalah alternatif para pelajar dalam kesinambungan pembelajaran di UiTM dalam terma penjarakan sosial. Para pelajar pada asalnya hadir di dewan kuliah tetapi semasa norma baharu para pelajar meneruskan pembelajaran secara online dari rumah atau di mana sahaja mereka berada.

Norma baru ini juga menguji kemampuan dan kesediaan Perpustakaan Sultan Badlishah serta kakitanganya meneruskankesinambungan fungsi perpustakaan sebagai sokongan pembelajaran kepada para pelajar secara maya tanpa kehadiran fizikal pelajar dan pengguna. Peningkatan mendadak pengunjung maya dengan keperluan semasa, taklimat secara maya, kelas kemahiran secara maya, Chat with Librarian, media sosial, montaj dan lain lain adalah bukti Perpustakaan Sultan Badlishah komited dengan Amalan Berkualiti dalam memberikan perkhidmatan walau tanpa kehadiran secara fizikal pelajar dan pengguna.


Projek Tanaman Nanas UiTM Cawangan Kedah



Pada 23 September 2020 telah berlangsung Program Gotong Royong Penanaman Nanas UiTM Cawangan Kedah. Program ini disertai oleh kakitangan UiTM Cawangan Kedah melibatkan kerjasama semua bahagian. Kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah juga menyertai program ini. Program penanaman ini julung kali diadakan untuk penjanaan pendapatan oleh UiTM Cawangan Kedah. Hampir 8000 sulur nanas berjaya ditanam pada hari tersebut.

Ladang seluas 20 ekar ini merupakan kawasan kebun getah yang dahulunya terbiar dipenuhi semak samun dan haiwan liar. Sejumlah 20 000 sulur nanas bakal ditanam secara berperingkat dengan kerjasama MYAGROSIS dan Lembaga Nanas Malaysia. Semoga program ini berjaya menjana pendapatan untuk UiTM Cawangan Kedah dan UiTM secara amnya


Sekitar Aktiviti Penanaman Nanas