Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, November 4, 2020

Projek Tanaman Nanas UiTM Cawangan Kedah



Pada 23 September 2020 telah berlangsung Program Gotong Royong Penanaman Nanas UiTM Cawangan Kedah. Program ini disertai oleh kakitangan UiTM Cawangan Kedah melibatkan kerjasama semua bahagian. Kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah juga menyertai program ini. Program penanaman ini julung kali diadakan untuk penjanaan pendapatan oleh UiTM Cawangan Kedah. Hampir 8000 sulur nanas berjaya ditanam pada hari tersebut.

Ladang seluas 20 ekar ini merupakan kawasan kebun getah yang dahulunya terbiar dipenuhi semak samun dan haiwan liar. Sejumlah 20 000 sulur nanas bakal ditanam secara berperingkat dengan kerjasama MYAGROSIS dan Lembaga Nanas Malaysia. Semoga program ini berjaya menjana pendapatan untuk UiTM Cawangan Kedah dan UiTM secara amnya


Sekitar Aktiviti Penanaman Nanas











No comments:

Post a Comment