Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Tuesday, December 8, 2020

1 Hari Lagi


 

Objektif Amalan QE/5S


 

Polisi Amalan QE/5S

 


Pengertian Logo


  • Bentuk heksagon menggambarkan 5 aspek iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke serta UiTM Cawangan Kedah.
  • Logo UiTM dalam bulatan menggambarkan UiTM Cawangan Kedah sebagai tempat yang mempraktikkan setiap aspek QE ini.
  • Bulatan disetiap bucu menggambarkan setiap warga UiTM Cawangan Kedah saling bekerjasama bagi mewujudkan budaya QE ini.
  • Keseluruhan logo berbentuk bulat dan terbuka di bahagian atas kiri menggambarkan kesungguhan UiTM Cawangan Kedah dalam mencapai objektif QE dengan berusaha dari semasa ke semasa mengikut acuan sendiri.
  • Warna jingga menggambarkan aspek penegasan yang mana QE ini akan menjadi satu budaya yang perlu diberi perhatian.
  • Warna Kelabu menggambarkan aspek neutral yang mana budaya QE ini dapat dipraktikkan di seantero UiTM Cawangan Kedah.
  • Perkataan “Persekitaran Berkualiti Tingkatkan Produktiviti” merupakan moto QE yang dipegang oleh semua warga UiTM Cawangan Kedah.

Monday, December 7, 2020

Pensijilan Semula QE/5S 2020/2021

2 hari lagi untuk Pensijilan Semula QE/5S bagi tahun 2020/2021. Segala persiapan untuk hari yang bermakna ini telah dilaksanakan. Mengimbau kembali kronologi pelaksanaan 5s pada masa itu oleh Perpustakaan Sultan Badlishah yang mula beroperasi pada 1998. Perpustakaan Sultan Badlishah, terus mengorak langkah demi langkah,tahun demi tahun dengan asas yang baik, PSB julung kalinya mengungguli tempat pertama dalam Pertandingan Penerapan Kualiti Antara Bahagian UiTM Cawangan Kedah .Berbekalkan momentum ini PSB terus  komited untuk mendapatkan pengiktirafan lebih tinggi dalam amalan 5s. Pada 2014 untuk julung kalinya PSB berjaya mendapatkan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S oleh MPC sebagai satu penandaarasan.


 



Sebelum dan selepas QE/5S

Umum mengetahui bahawa bangunan merupakan salah satu land mark dan membawa suatu identiti kepada sesuatu organisasi. Lantaran ini PSB mengambil serius kekemasan dan keceriaan landskap.Pokok hiasan digantikan dengan  pokok yang lebih cantik dan bersesuaian. Papan tanda yang usang diganti baharu. Cat bangunan yang lusuh dicat semula dan banyak lagi penambahbaikan dilakukan untuk kekemasan dan keceriaan landskap.

2010


2020

Kaunter perkhidmatan adalah tunjang utama dan tempat tumpuan pelanggan PSB. Dalam mengejar perkhidmatan yang berkualiti penambahbaikan dilakukan dengan pengungsian ruang yang lebih efisien. Rak standard digantikan dengan rak terbina di dinding untuk penggunaan ruang yang efisien dan kekemasan susunan bahan.


2010


2020

Kebiasaannya laluan keluar seringkali diabaikan atau terlepas pandang. Kekemasan dan pengisian ruang yang cantik serta efisien mampu meninggalkan persepsi positif kepada pengunjung. PSB telah mengujudkan satu sudut Informasi di laluan keluar. Di sudut ini diletakan penanda buku, pamphlet, Informasi, bin buku terpakai dan bekas payung hujan  untuk kegunaan pengguna meletakan payung. 


2010


2020



Selama 6 tahun berturut-turut PSB berjaya mengekalkan pengiktirafan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S oleh MPC.Semoga pada tahun ini PSB mencatat satu lagu lembaran kejayaan untuk kalendar 2020.

JANGAN LEKA DAN ALPA, KITA BELUM MENANG
#kitajagakita



2014


2015



2016


2017



2018



2019

Sunday, December 6, 2020

Pengenalan




Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sultan Badlishah kemudianya berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 pada tahun 2002. Perpustakaan menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Integrated Library Management Utilities) untuk pengurusan bahan dan koleksi. Seramai 750 pengguna dapat dimuatkan  di dalam satu masa. Pada akhir tahun 2002, perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Sultan Badlishah bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Sultan Kedah. Pada tahun 2018, perpustakaan telah menggunakan WILS (Web Integrated Library System) untuk menggantikan Sistem ILMU.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, Perpustakaan Sultan Badlishah mengorak langkah dalam memperolehi Pensijilan QE5S oleh MPC. Dengan komitmen kakitangan, kerjasama dan sokongan UiTM Cawangan Kedah secara amnya. Perpustakaan Sultan Badlishah pada 2014 berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan pertama oleh MPC.

Selama 6 tahun berturut-turut PSB berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan memperolehi Pensijilan QE5S. Bermula tahun 2018 MPC memperkenalkan penarafan pensijilan dengan penganugerahan bintang dalam sijil MPC. Perpustakaan Sultan Badlishah berjaya mendapat 3 bintang iaitu yang tertingi penarafanya. Lebih membangakan PSB berjaya mengekalkan selama 2 tahun berturut-turut

Kaunter Perkhidmatan


Ruang Lobi


Cenderahati 1


Cenderahati 2


Cenderahati 3



Penarafan 3 Bintang







Carta Organisasi




 

Carta Induk




 

Carta JK Audit




 

Carta JK Inovasi




 

Carta JK Latihan




 

Carta JK Promosi




 

Carta Organisasi Zon A




 

Carta Organisasi Zon B


 

Carta Organisasi Zon C


 

Plan Lantai Zon A


 

Plan Lantai Zon B


 

Plan Lantai Zon C


 

Plan Lantai Zon C1

 


e-Census

Pada 7 Disember 2020 telah berlangsung Klinik e-Census dan Pengisian Online e-Census Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Pejabat Operasi Sungai Petani, Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah bertempat di Perpustakaan Digital, Perpustakaan Sultan Badlishah untuk kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Perpustakaan Sultan Badlishah berkeyakinan dengan kemudahan fasiliti,persekitaran yang bersih dan selesa hasil Amalan Persekitaran QE5S mampu menawarkan venue untuk sebarang acara.

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia ini adalah yang ke-6 sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Uniknya kali ini adalah pertama kalinya Census dijalankan secara atas talian dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan dunia digital yang semakin berkembang maju. Census sebelum ini dilaksanakan dengan lawatan dari rumah ke rumah oleh kakitangan dan pekerja sambilan Jabatan Perangkaan Malaysia. Dengan perkembangan teknologi digital e-Census dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan rakyat  Malaysia dapat mengisi secara layan diri di portal e-Census.

Jabatan Perangkaan melaksanakan Klinik e-Census ini dengan menyasarkan komuniti setempat di pusat komuniti serta membuat lawatan di badan berkanun dan jabatan  kerajaan untuk memudahkan panduan dan tunjuk ajar diberikan.

e-Census ini  penting untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan berdasarkan data banciaan terkumpul bagi tahun semasa.














Saturday, December 5, 2020

Kelas Kemahiran Staf

Pada 6 Disember 2020 telah berlansung Kelas Kemahiran Staf:Canva dikelolakan oleh En Mohd Amiruddin bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan PSB. Aktiviti ini sebagai pemangkin untuk meningkatkan kemahirahan dan kebolehan staf menggunakan kemudahan teknologi masa kini dalam penghasilan dan penyampaian perkhidmatan.

Kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah komited dalam memperkasakan kemahiran kendiri agar penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan

Dalam aktiviti ini pengelola menggunakan Canva sebagai medium pembelajaran. Canva digunakan secara meluas dalam menghasilkan video montaj, video promosi,infografik, poster dan lain-lain. Uniknya tenaga pengajar adalah Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah sendiri. Ini dapat menjamin penjimatan kos yang tinggi jika mengadakan bengkel di luar kampus dan menggunakan tanaga pengajar jemputan.