Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, December 28, 2022

Program Jualan Barangan Kitar Semula

 Program jualan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Sultan Badlishah telah berjalan dengan jayanya. Ia mendapat sambutan pelbagai pihak dari dalam dan luar UiTM. Terima kasih diucapkan kepada semua.








Sunday, November 27, 2022

Program Jualan Kitar Semula

Program Jualan Kitar Semula anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah akan diadakan bermula 18 Disember 2022 sehingga 22 Disember 2022. Penglibatan semua warga kampus UiTM Kedah amtlah diharapkan. Ia bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar kita. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Hasrizal Md Hasan di talian 04-4562236



AUDIT PENSIJILAN SEMULA QE/5S UNTUK TAHUN 2022/2023 

Audit pensijilan semula QE/5S Perpustakaan Sultan Badlishah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 November 2022. Pihak MPC telah mewakilkan Cik Sarah Afiqah Kamaruzaman (Pegawai Perunding) sebagai Auditor.

Sesi Pembukaan

Sesi Pembentangan oleh Ketua Perpustakaan

Sesi Soal Jawab
Lawatan Audit Kawasan Sekitar
Lawatan Audit Kaunter

Penerangan Tentang Inovasi eView


Sesi Bergambar Bersama

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Sunday, November 6, 2022

Sekitar Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Sultan Badlishah

Pada 06 November 2022, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Jamalludin Sulaiman diiringi oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan iaitu Encik Ahamad Zuber Mohamed, telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Sultan Badlishah. Satu taklimat dan juga sesi perbincangan bersama para staf Perpustakaan Sultan Badlishah telah diadakan.











Wednesday, September 28, 2022

Sekitar Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia Sintok

















Thursday, August 18, 2022

Tafsiran Logo Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Perpustakaan Sultan Badlishah


Tafsiran Warna

Warna Hijau Gelap

Warna hijau gelap melambangkan kematangan organisasi Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia menjadi simbolik terhadap keupayaan setiap kakitangan dalam organisasi ini menangani setiap permasalahan.

Warna Putih

Warna putih melambangkan ketelusan. Kakitangan yang mahir, cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas seharian merupakan aset terpenting organisasi ini.

Warna Hijau Muda

Warna hijau muda melambangkan kesepaduan semua orang di perpustakaan ini. Di samping itu juga ia menjadi simbolik terhadap sikap keterbukaan dan kreativiti. Setiap kakitangan dan pengguna perpustakaan memandang serius sistem ini dan tidak ada sikap ambil mudah dalam perlaksanaan sistem QE/5S di perpustakaan ini.

Warna Kuning

Warna kuning melambangkan kehormatan. Setiap orang perlu menghormati amalan persekitaran berkualiti yang diamalkan di perpustakaan ini.

 

Tafsiran Rekabentuk

Rekabentuk logo adalah berkonsepkan keceriaan, jadi pemilihan tulisan, bentuk dan warna adalah mengikut konsep tersebut. Berasaskan bulatan penuh yang memberi maksud menyeluruh, global dan terbuka.

Perkataan ‘5S’ direkabetuk secara ‘free’ sebagai mewakili semua kakitangan dan pelajar bebas melaksanakan sistem 5S mengikut kreativiti masing-masing tapi tidak terpesong dengan sistem yang asal.

Lakaran abstrak latar belakang logo melambangkan kreativiti dan kemahiran. Ia juga bermaksud setiap orang berhak menggunakan kreativiti dan kemahiran masing-masing di dalam amalan QE/5S.

Logo UiTM dalam bulatan menggambarkan UiTM Cawangan Kedah sebagai tempat yang mempraktikkan setiap aspek QE/5S ini



Wednesday, August 10, 2022

Monday, August 1, 2022

Keterlibatan Staf PSB Dalam Misi Pasca Banjir Di Baling, Kedah