Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Saturday, October 31, 2020

5s Dan Pengungsian Ruang

5s dan pengungsian ruang tidak dapat dipisahkan kerana saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan konsep 5s SUSUN SISIH SAPU SERAGAM dan SENTIASA AMAL yang baik ia dapat memaksimum dan penggunaan ruang yang lebih efisien dan mengujudkan persekitaran yang kondusif. Selain itu ia dapat menjadikan ruang persekitaran yang cantik dan menarik yang boleh meninggalkan  persepsi positif kepada pengunjung.


Laluan keluar masuk yang dipisahkan selaras dengan kempen penjarakan sosial. Turut disediakan tanda arah keluar masuk, meja saringan,QR Code MySejahtera, Selfcheck Digital Thermometer dan buku kehadiran


Ruang legar disediakan sofa yang selesa, 5 suratkhabar harian utama untuk bacaan pengunjung, OPAC, galeri pameran, Quick Reference Desk, Sudut AMP dan bendera negeri-negeri di Malaysia. 



Ruang legar



Quick Reference Desk



Galeri pameran



Kaunter perkhidmatan




Ruang pelbagai guna



Buit in Rack



Pandangan dari atas


Wednesday, October 14, 2020

Audit Dalaman PSB oleh JK Audit Perpustakaan Sultan Badlishah

Pada 14 Oktober lalu telah berlansung audit dalaman yang dilakukan oleh JK Audit PSB. Audit ini dijalankan secara berkala untuk memastikan segala perancangan berjalan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Hasil audit ini dapat dijadikan benchmark untuk penambahbaikan kualiti persekitaran agar dapat menjadikan PSB satu persekitaran yang kondusif kepada pengunjung







Pelaporan akan dibuat dalam laporan JK Audit sebagai rekod dan rujukan semasa proses audit Pensijilan Semula QE/5S yang dijadualkan pada bulan Disember 2020. JK Audit merupakan suatu elemen penting dalam pelaksanaan PDCA (Plan, Do, Check, Action) untuk memastikan kelangsungan PDCA secara berterusan.














Kursus Perpustakaan Digital PSB

Pada 15 Oktober 2020 telah berlansung Kursus Perpustakaan Digital PSB yang di sampaikan oleh Pustakawan Kanan PSB, Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir. Ketika dalam keadaan penularan pandemik, PSB tidak terkecuali melalui fasa norma baru dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.

Seiring akan perkembangan dunia digital PSB dan PTAR khusunya telah membuat penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan melalui dunia maya sebagai sokongan pembelajaran kepada ODL (Open and Distance Learning) yang digunakan sekarang akibat penularan pandemik Covid-19.

Oleh itu PTAR telah melancarkan Inisiatif Perpustakaan Digital yang menggunakan dunia maya sebagai alternatif kepada kehadiran pengguna secara fizikal.Inisiatif ini sangat penting untuk kelangsungan pembelajaran kepada pelajar UiTM khusunya.

Dalam memastikan kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah dapat mengorak langkah bersaing bersama dengan Inisiatif Perpustakaan Digital, kursus ini sangat penting dalam penambahbaikan kecekapan dan kebolehan kakitangan PSB dalam menyampaikan perkhidmatan digital.


Pustakawan Kanan En. Mohd Amiruddin




Kakitangan PSB

 


Antara Inisiatif Perpustakaan Digital



Tuesday, October 13, 2020

Pembersihan Longkang


Pembersihan longkang sekitar PSB dilakukan mengikut keperluan terutama sebelum musim tengkujuh sebagai pencegahan agar longkang tidak tersumbat dan aliran air dapat bergerak secara lancar ke kolam takungan UiTM. Mendapan lumpur dan sisa organik boleh menyebabkan longkang tersumbat secara tidak langsung boleh menjadi tempat pembiakan kepada nyamuk Aedes.

Aktiviti ini juga dapat membersihkan pengumpulan lumut di dinding longkang yang mencacatkan pemandangan persekitaran PSB.

Sebelum


Pembersihan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh UiTM dengan menggunakan high pressure water jet yang efektif dalam menanggalkan mendapan lumpur dan lumut pada longkang



Selepas



 High Pressure Water Jet

Saturday, October 3, 2020

Gotong Royong Perdana PSB


Pada 24 September yang lalu kakitangan PSB telah melaksanakan aktiviti Gotong Royong Perdana. Aktiviti ini dilaksanakan agar persekitaran PSB sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan dapat mengujudkan persekitaran yang selamat untuk para pengguna PSB.



Taklimat sebelum aktiviti




Aktiviti menyisih fail yang luput tempoh




Fail baharu akan disusun mengikut klasifikasi



            Kerusi dan meja yang rosak diasingkan




Kolam ikan PSB dibersihkan




Susun atur kerusi dan meja




Kekemasan kabel komputer


Dari masa ke semasa aktiviti 5s dilaksanakan agar kesinambungan persekitaran berkualiti dapat dimantapkan demi keselesaan dan keselamatan pengunjung.