Pada 14 Oktober lalu telah berlansung audit dalaman yang dilakukan oleh JK Audit PSB. Audit ini dijalankan secara berkala untuk memastikan segala perancangan berjalan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Hasil audit ini dapat dijadikan benchmark untuk penambahbaikan kualiti persekitaran agar dapat menjadikan PSB satu persekitaran yang kondusif kepada pengunjung
Pelaporan akan dibuat dalam laporan JK Audit sebagai rekod dan rujukan semasa proses audit Pensijilan Semula QE/5S yang dijadualkan pada bulan Disember 2020. JK Audit merupakan suatu elemen penting dalam pelaksanaan PDCA (Plan, Do, Check, Action) untuk memastikan kelangsungan PDCA secara berterusan.
No comments:
Post a Comment