Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, October 14, 2020

Kursus Perpustakaan Digital PSB

Pada 15 Oktober 2020 telah berlansung Kursus Perpustakaan Digital PSB yang di sampaikan oleh Pustakawan Kanan PSB, Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir. Ketika dalam keadaan penularan pandemik, PSB tidak terkecuali melalui fasa norma baru dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.

Seiring akan perkembangan dunia digital PSB dan PTAR khusunya telah membuat penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan melalui dunia maya sebagai sokongan pembelajaran kepada ODL (Open and Distance Learning) yang digunakan sekarang akibat penularan pandemik Covid-19.

Oleh itu PTAR telah melancarkan Inisiatif Perpustakaan Digital yang menggunakan dunia maya sebagai alternatif kepada kehadiran pengguna secara fizikal.Inisiatif ini sangat penting untuk kelangsungan pembelajaran kepada pelajar UiTM khusunya.

Dalam memastikan kakitangan Perpustakaan Sultan Badlishah dapat mengorak langkah bersaing bersama dengan Inisiatif Perpustakaan Digital, kursus ini sangat penting dalam penambahbaikan kecekapan dan kebolehan kakitangan PSB dalam menyampaikan perkhidmatan digital.


Pustakawan Kanan En. Mohd Amiruddin




Kakitangan PSB

 


Antara Inisiatif Perpustakaan Digital



No comments:

Post a Comment