Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Monday, August 28, 2023

Pengurusan Koleksi Suratkhabar

Suratkhabar merupakan salah satu koleksi bahan rujukan yang disediakan oleh PSB. PSB menyediakan 5 suratkhabar utama.

  1. The Star
  2. New Straits Times
  3. Berita Harian
  4. Harian Metro
  5. Sinar
Koleksi selama setahun ini disusun pada rak khas yang mempunyai slot untuk Januari-Disember. Slot bulanan juga dibahagikan kepada tarikh 1-10, 11-21 dan 22-31. Ini untuk memudahkan pencarian berdasarkan tarikh terbitan. Secara amnya rak khas ini dibahagi kepada dua bahagian, bahagian bawah adalah untuk pinjaman pengguna. Bahagian atas adalah untuk naskah salinan untuk mengantikan naskah yang usang.

Sebelum rak ini diguna pakai, suratkhabar PSB diletakan di rak buku dan disebabkan itu, kedudukan suratkhabar tidak kemas dan tersusun.. Koleksi yang dapat disimpan hanyalah sebulan berbanding sekarang selama 12 bulan.

Naskah yang melebihi usia satu tahun akan dilupuskan melalui kaedah penjualan bahan kitar semula untuk memberi ruang kepada koleksi terkini.





 

Sunday, August 13, 2023

Pengenalan QE/5S



Amalan Persekitaran Berkualiti adalah satu amalan piawaian atau standard yang berlandaskan 5S yang dicetuskan oleh perindustrian di Jepun sekitar tahun 80an. Pada 1986 Singapura merupakan negara ASEAN pertama menerapkan 5S. Konsep 5S adalah batu asas dalam mengawal, meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui amalan 5S. Mempunyai 5 tunjang utama yang berasal dari sebutan perkataan bahasa Jepun iaitu;

  • SEIRI-SORT
  • SEITON-SET IN ORDER
  • SEISO-SHINE
  • SEIKETSU-STANDARDIZE
  • SHITSUKE-SUSTAIN

Apabila konsep 5S diterap masuk ke Malaysia ia disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran organisasi di Malaysia dengan mengekalkan 5 tunjang utama iaitu;

  • SISIH
Mengasingkan barang yang tidak diperlukan sama ada untuk dibuang sebagai sisa berjadual atau dimasukan ke dalam pengkelasan kitar semula berdasarkan kategori kertas, kaca, logam dan plastik.

  • SUSUN
Menyusun barang yang digunakan dengan kemas dan teratur untuk memudahkan akses kepada barang tersebut dan barang yang tidak digunakan untuk suatu tempoh tetapi diperlukan pada kemudianya disimpan dengan kemas dan teratur di tempat penyimpanan atau stor.

  • SAPU
Membersihkan persekitaran tempat kerja dan ruang individu agar sentiasa bersih kemas dari habuk, sampah pepejal dan cecair.
  • SERAGAM
Menyeragamkan susunan, pengkelasan etika atau tatacara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  • SENTIASA AMAL

Mengamalkan secara berterusan Susun, Sisih, Sapu dan Seragam melalui inovasi, latihan dan promosi agar amalan 5S berkembang.


Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S berlandaskan 4 perkara yang dimasukan ke dalam carta perbatuan iaitu PDCA sebagai panduan, rekod dan pengesanan untuk menyokong dan mengawal penambahbaikan berterusan dalam menyampaikan 'good and services'

  • Perancangan-Plan
Aktiviti dirancang  untuk menyokong pelaksanaan 5S melalui;

Inovasi

Inovasi penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah baru yang lebih efisien dalam penggunaan kos samada dalam bentuk tangible atau intengible.

Latihan

Melalui latihan yang dilaksanakan peningkatan kualiti dan kebolehan kendiri dapat ditingkatkan untuk keupayaan dan kecekapan  yang optimum.

Promosi

Mempromosikan aktiviti QE/5S melalui medium media sosial, web, pamphlet poster agar amalan Qe/5S dapat disebarkan, diterap dan diamalkan secara lebih meluas dan efisien.

  • Pelaksanaan-Do
Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara berkala seperti yang telah dirancang dalam carta perbatuan samaada secara harian, mingguan, bulanan, atau tahunan.


  • Penilaian/audit dan persijilan-Check
Perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan perlu dipantau dan dinilai dalam keberkesanan pelaksanaanya agar ia selaras dengan polisi dan piawaian yang ditetapkan. Penilaian ini dilakukan melalui audit dalaman yang dilaksanakan oleh JK Audit dan auditor jemputan yang diselia oleh JK Audit. Hasil penilaian ini akan dijadikan sebagai penandaarasan.


  • Penambahbaikan-Action

Berdasarkan hasil penilaian ke atas perancangan dan pelaksanaan, penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa agar kualiti yang diterapkan dapat dikekalkan atau ditingkatkan lagi pada masa hadapan. Hasil penilaian ini juga dapat digunakan penetapan piawaian baharu untuk peningkatan kecekapan dan keupayaan.