Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Monday, December 7, 2020

Pensijilan Semula QE/5S 2020/2021

2 hari lagi untuk Pensijilan Semula QE/5S bagi tahun 2020/2021. Segala persiapan untuk hari yang bermakna ini telah dilaksanakan. Mengimbau kembali kronologi pelaksanaan 5s pada masa itu oleh Perpustakaan Sultan Badlishah yang mula beroperasi pada 1998. Perpustakaan Sultan Badlishah, terus mengorak langkah demi langkah,tahun demi tahun dengan asas yang baik, PSB julung kalinya mengungguli tempat pertama dalam Pertandingan Penerapan Kualiti Antara Bahagian UiTM Cawangan Kedah .Berbekalkan momentum ini PSB terus  komited untuk mendapatkan pengiktirafan lebih tinggi dalam amalan 5s. Pada 2014 untuk julung kalinya PSB berjaya mendapatkan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S oleh MPC sebagai satu penandaarasan.


 



Sebelum dan selepas QE/5S

Umum mengetahui bahawa bangunan merupakan salah satu land mark dan membawa suatu identiti kepada sesuatu organisasi. Lantaran ini PSB mengambil serius kekemasan dan keceriaan landskap.Pokok hiasan digantikan dengan  pokok yang lebih cantik dan bersesuaian. Papan tanda yang usang diganti baharu. Cat bangunan yang lusuh dicat semula dan banyak lagi penambahbaikan dilakukan untuk kekemasan dan keceriaan landskap.

2010


2020

Kaunter perkhidmatan adalah tunjang utama dan tempat tumpuan pelanggan PSB. Dalam mengejar perkhidmatan yang berkualiti penambahbaikan dilakukan dengan pengungsian ruang yang lebih efisien. Rak standard digantikan dengan rak terbina di dinding untuk penggunaan ruang yang efisien dan kekemasan susunan bahan.


2010


2020

Kebiasaannya laluan keluar seringkali diabaikan atau terlepas pandang. Kekemasan dan pengisian ruang yang cantik serta efisien mampu meninggalkan persepsi positif kepada pengunjung. PSB telah mengujudkan satu sudut Informasi di laluan keluar. Di sudut ini diletakan penanda buku, pamphlet, Informasi, bin buku terpakai dan bekas payung hujan  untuk kegunaan pengguna meletakan payung. 


2010


2020



Selama 6 tahun berturut-turut PSB berjaya mengekalkan pengiktirafan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S oleh MPC.Semoga pada tahun ini PSB mencatat satu lagu lembaran kejayaan untuk kalendar 2020.

JANGAN LEKA DAN ALPA, KITA BELUM MENANG
#kitajagakita



2014


2015



2016


2017



2018



2019

No comments:

Post a Comment