Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, December 1, 2021

Lawatan Penandaarasan Jabatan Penerangan Negeri Kedah

 Pada 1 Disember PSB telah menerima satu lawatan penandaarasan dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah seramai 10 orang yang bertujuan ingin melihat secara dekat pengurusan fail dan rekod PSB. Taklimat Amalan QE5S disampaikan oleh Encik Amiruddin, Pustakawan Kanan PSB. Lawatan ini memberi satu penghormatan kepada PSB kerana MPC selaku badan pengurusan kualiti telah mencadangkan PSB sebagai penandaarasan QE5S.

Selain daripada penyimpanan dan pengurusan fail di dalam kabinet fail, PSB juga menggunakan cloud storage sebagai lokasi penyimpanan kerana kemampuan pengindeksan cloud storage yang mudah dan pantas serta boleh diakses di mana sahaja dan bila bila masa.



Taklimat oleh Pustakawan Kanan PSB



Kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah



Sistem pengurusan dan pinjaman suratkhabar



Demo alat bantu belajar OKU Retinitis Pigmentosa (iView)



Ruang kerja dan lift buku



Demo sistem pengurusan fail dan rekod



                                                Penerangan sistem pengurusan fail dan rekod



Sesi penyampaian cenderahati



Sesi bergambar

No comments:

Post a Comment