Pengenalan

Pengenalan

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Wednesday, October 25, 2023

eVIEW: OKU Detach Retina

Perpustakaan Sultan Badlishah komited dalam mempertingkatkan kemudahan kepada para pengguna tanpa mengira halangan fizikal dan latar belakang dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan. Dengan persekitaran yang kondusif pengguna dapat membuat rujukan dan melaksanakan kerja khusus yang telah diberikan. 

Kemudahan Terminal eVIEW tersedia dengan kelengkapan kanta pembesar, lampu terbina dalam yang mempunyai 3 pilihan warna lampu iaitu warm, cool dan blue light. Lebih unik lagi variable light value boleh diubah secara manual untuk menentukan tahap kecerahan lampu mengikut kehendak pengguna. Dengan paparan bersaiz 27" IPS FHD display dapat memberikan kejelasan imej dan abjad dengan jelas dan tajam. Untuk sokongan audio, eVIEW dilengkapi dengan teknologi noise canceller melalui sound card dan headphone yang disediakan untuk sistem audio yang jelas dan ketara.



High contrast keyboard



Pengguna detach retina



Ergonomik monitor handle 360° rotation. 45° tilt 



Tuesday, October 17, 2023

eVIEW: Open and Distant Learning (ODL)

Semasa dunia dilanda pandemik Covid 19, satu cabaran dalam memastikan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran di Universiti Teknologi Mara adalah kekangan teknologi dan kemudahan yang sedia ada. Pada masa itu ODL merupakan suatu benda baharu sama ada bagi tenaga pengajar dan pelajar.

Walaupun pandemik telah reda, kaedah ODL masih lagi diguna pakai secara meluas untuk menjalankan kelas secara maya. Ini disebabkan kekangan dan keperluan dalam menjalankan kelas secara bersemuka tidak dapat dijalankan secara normal, maka kaedah ODL menjadi pilihan tenaga pengajar.

Maka eVIEW yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah boleh dijadikan pilihan untuk menjadi platform ODL. Maklumbalas yang diberikan tenaga pengajar berpuas hati terhadap paparan, sistem bunyi yang jelas dan kejelasan kamera. 







 

Monday, October 16, 2023

Penyertaan OKU: Tiada yang tertinggal dalam Agenda Pembangunan 2030

Kurang upaya fizikal bukan penghalang untuk meneruskan pengajian di UiTM. Muhammad Amirul Iman Abd Shukor pelajar UiTM yang lumpuh separuh badan sejak lahir gigih meneruskan pengajian Diploma Pengajian Perniagaan di UiTM Cawangan Kedah, Merbok. Beliau bersama rakan sepengajian menjalankan tugasan yang diberikan oleh pensyarah melalui bantuan Terminal eVIEW yang dibina khusus untuk membantu pengguna OKU. Alat ini dapat membantu pelajar hilang upaya dari segi fizikal, penglihatan dan pembelajaran serta OKU pelbagai dalam membuat rujukan dan menyelesaikan tugasan. Terminal ini dibangunkan oleh Kumpulan KIK  ILHAM, Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah dengan sumbangan dana Unit Perkhidmatan OKU UiTM melalui Tabung Cakna OKU UiTM. Dilengkapi dengan hight contrast reading, text to speech, headphone, kanta pembesar dengan lampu terbina dalam dan eVIEW camera dapat membantu mereka membuat rujukan bahan seperti pengguna lain.






Sunday, October 1, 2023

Lawatan Penandaarasan Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Kedah

Perpustakaan Sultan Badlishah berbesar hati menerima kunjungan lawatan penandaarasan Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Kedah pada 1 Oktober 2023. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dr. Junaida Ismail merangkap Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Kedah. Taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketus Pustakawan Pn Azizah Khasim dan Pembantu Pustakawan Kanan selaku ketua Jawatankuasa Latihan QE5S Perpustakaan Sultan Badlishah.


Monday, September 25, 2023

Pada 25 Oktober 2023 PSB telah mengadakan aktiviti kitar semula bersama Environment Idaman Sdn Bhd di Perpustakaan Sultan Badlishah. Aktiviti rutin ini acapkali diadakan untuk memastikan bahan kitar semula dilupuskan dari premis PSB dengan cara yang betul dan teratur. Environment Idaman Sdn Bhd sinonim dengan misi persekitaran berkualiti melalui perkhidmatan komuniti dalam mengitar semula bahan-bahan kitar semula. Kerjasama ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dalam memastikan persekitaran berkualiti PSB kondunsif untuk pelangganya.

Monday, August 28, 2023

Pengurusan Koleksi Suratkhabar

Suratkhabar merupakan salah satu koleksi bahan rujukan yang disediakan oleh PSB. PSB menyediakan 5 suratkhabar utama.

  1. The Star
  2. New Straits Times
  3. Berita Harian
  4. Harian Metro
  5. Sinar
Koleksi selama setahun ini disusun pada rak khas yang mempunyai slot untuk Januari-Disember. Slot bulanan juga dibahagikan kepada tarikh 1-10, 11-21 dan 22-31. Ini untuk memudahkan pencarian berdasarkan tarikh terbitan. Secara amnya rak khas ini dibahagi kepada dua bahagian, bahagian bawah adalah untuk pinjaman pengguna. Bahagian atas adalah untuk naskah salinan untuk mengantikan naskah yang usang.

Sebelum rak ini diguna pakai, suratkhabar PSB diletakan di rak buku dan disebabkan itu, kedudukan suratkhabar tidak kemas dan tersusun.. Koleksi yang dapat disimpan hanyalah sebulan berbanding sekarang selama 12 bulan.

Naskah yang melebihi usia satu tahun akan dilupuskan melalui kaedah penjualan bahan kitar semula untuk memberi ruang kepada koleksi terkini.





 

Sunday, August 13, 2023

Pengenalan QE/5S



Amalan Persekitaran Berkualiti adalah satu amalan piawaian atau standard yang berlandaskan 5S yang dicetuskan oleh perindustrian di Jepun sekitar tahun 80an. Pada 1986 Singapura merupakan negara ASEAN pertama menerapkan 5S. Konsep 5S adalah batu asas dalam mengawal, meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui amalan 5S. Mempunyai 5 tunjang utama yang berasal dari sebutan perkataan bahasa Jepun iaitu;

  • SEIRI-SORT
  • SEITON-SET IN ORDER
  • SEISO-SHINE
  • SEIKETSU-STANDARDIZE
  • SHITSUKE-SUSTAIN

Apabila konsep 5S diterap masuk ke Malaysia ia disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran organisasi di Malaysia dengan mengekalkan 5 tunjang utama iaitu;

  • SISIH
Mengasingkan barang yang tidak diperlukan sama ada untuk dibuang sebagai sisa berjadual atau dimasukan ke dalam pengkelasan kitar semula berdasarkan kategori kertas, kaca, logam dan plastik.

  • SUSUN
Menyusun barang yang digunakan dengan kemas dan teratur untuk memudahkan akses kepada barang tersebut dan barang yang tidak digunakan untuk suatu tempoh tetapi diperlukan pada kemudianya disimpan dengan kemas dan teratur di tempat penyimpanan atau stor.

  • SAPU
Membersihkan persekitaran tempat kerja dan ruang individu agar sentiasa bersih kemas dari habuk, sampah pepejal dan cecair.
  • SERAGAM
Menyeragamkan susunan, pengkelasan etika atau tatacara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  • SENTIASA AMAL

Mengamalkan secara berterusan Susun, Sisih, Sapu dan Seragam melalui inovasi, latihan dan promosi agar amalan 5S berkembang.


Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S berlandaskan 4 perkara yang dimasukan ke dalam carta perbatuan iaitu PDCA sebagai panduan, rekod dan pengesanan untuk menyokong dan mengawal penambahbaikan berterusan dalam menyampaikan 'good and services'

  • Perancangan-Plan
Aktiviti dirancang  untuk menyokong pelaksanaan 5S melalui;

Inovasi

Inovasi penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah baru yang lebih efisien dalam penggunaan kos samada dalam bentuk tangible atau intengible.

Latihan

Melalui latihan yang dilaksanakan peningkatan kualiti dan kebolehan kendiri dapat ditingkatkan untuk keupayaan dan kecekapan  yang optimum.

Promosi

Mempromosikan aktiviti QE/5S melalui medium media sosial, web, pamphlet poster agar amalan Qe/5S dapat disebarkan, diterap dan diamalkan secara lebih meluas dan efisien.

  • Pelaksanaan-Do
Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara berkala seperti yang telah dirancang dalam carta perbatuan samaada secara harian, mingguan, bulanan, atau tahunan.


  • Penilaian/audit dan persijilan-Check
Perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan perlu dipantau dan dinilai dalam keberkesanan pelaksanaanya agar ia selaras dengan polisi dan piawaian yang ditetapkan. Penilaian ini dilakukan melalui audit dalaman yang dilaksanakan oleh JK Audit dan auditor jemputan yang diselia oleh JK Audit. Hasil penilaian ini akan dijadikan sebagai penandaarasan.


  • Penambahbaikan-Action

Berdasarkan hasil penilaian ke atas perancangan dan pelaksanaan, penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa agar kualiti yang diterapkan dapat dikekalkan atau ditingkatkan lagi pada masa hadapan. Hasil penilaian ini juga dapat digunakan penetapan piawaian baharu untuk peningkatan kecekapan dan keupayaan.









Thursday, January 12, 2023

Pelupusan Buku

 Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah telah mendapat kelulusan untuk melupuskan buku-buku yang tidak lagi digunakan. Gotong royong melupuskan buku-buku ini telah mendapat kerjasama daripada semua staf perpustakaan.







Wednesday, December 28, 2022

Program Jualan Barangan Kitar Semula

 Program jualan barangan kitar semula yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Sultan Badlishah telah berjalan dengan jayanya. Ia mendapat sambutan pelbagai pihak dari dalam dan luar UiTM. Terima kasih diucapkan kepada semua.