PSB secara berterusan komited dalam penjimatan perbelanjaan pengurusan. Dengan kreativiti kakitangan PSB daun pandan digubah menjadi jambakan bunga untuk dijadikan pewangi semulajadi. Daun pandan yang digubah ini diletakan di tandas kakitangan dan pelajar. Pokok pandan tumbuh subur di taman herba PSB menyebabkan sumber gubahan senang didapati.
Pengenalan
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Monday, November 29, 2021
Penyegar Udara Semulajadi
PSB secara berterusan komited dalam penjimatan perbelanjaan pengurusan. Dengan kreativiti kakitangan PSB daun pandan digubah menjadi jambakan bunga untuk dijadikan pewangi semulajadi. Daun pandan yang digubah ini diletakan di tandas kakitangan dan pelajar. Pokok pandan tumbuh subur di taman herba PSB menyebabkan sumber gubahan senang didapati.
Pertandingan QE5S
Pada 29 November 2021 telah berlangsung upacara ringkas penyampaian hampers dan cenderahati kepada pemenang Pertandingan Amalan QE5S Perpusatakaan Sultan Badlishah yang melibatkan kategori Zon Terbaik, Kaunter Terbaik dan cenderahati AQEC.
Tujuan pelaksanaan pertandingan seumpama ini adalah untuk memastikkan kesinambungan amalan QE5S di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia juga sebagai penandarasan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan. Tahniah kepada pemenang Amalan QE5S 2021
Kategori Zon Terbaik: Zon B
Kategori Kaunter Terbaik: Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
Cenderamata Khas: AQEC 2021
Thursday, November 18, 2021
Audit Jemputan Pra Pensijilan QE5S
Pada 18 November telah berlangsung pra-audit pensijilan oleh auditor jemputan Felo 5S, UiTM Cawangan Kedah sebagai satu penandaarasan sebelum audit pensijilan MPC untuk tahun 2021/2022. Audit ini juga akan menentukan pemenang bagi Kaunter Perkhidmatan Terbaik dan Zon Terbaik yang dipertandingkan saban tahun sebagai galakan dan kayu pengukur dalam amalan persekitaran berkualiti di PSB.
Audit Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
Audit Kaunter Digital
Audit tempat simpanan kertas
Penerangan oleh ketua Zon A
Audit Persekitaran
Wednesday, November 17, 2021
Gotong Royong Perdana PSB 2021
Pada 17 Dec, PSB telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana melibatkan semua kakitangan PSB. Inilah rutin saban tahun PSB dalam mengamalkan Amalan QE5S di PSB. Aktiviti ini memberi impak besar dengan PSB dapat mejimatkan ruang penyimpanan yang terhad. Barang yang masih diperlukan akan di susun di tempat simpanan sementara.
Melalui Jawatankuasa Inovasi QE5S PSB juga mengambil inisiatif dengan mengitar semula bahan bahan terbuang seperti kotak peralatan diubah suai menjadi bingkai dan backdrop pameran. Bin bookdrop dijadikan bin buku yang didermakan oleh pengguna PSB. Manakala selfcheck machine dijadikan sistem daftar diri pengguna yag ingin memasuki PSB.
Bahan bahan seperti suratkhabar, dokumen yang telah diracik, besi dan tembaga akan dikitar semula melalui syarikat kitar semula.
Meja bacaan disusun mengikut penjarakan sosial dengan mengambil kira had pengguna dan jarak sosial. Kaunter perkhidmatan, kolam ikan dan persekitaran dibersihkan dengan kerjasama dengan kontraktor pembersihan UiTM.
a
Wednesday, November 3, 2021
Penggunaan Ruang Optimum
Idea penggunaan ruang bawah tangga lobi PSB tercetus apabila PSB mula kekurangan ruang untuk meletakan cenderahati yang diterima. Lantaran itu ruang bawah tangga lobi dipilih untuk dibina rak simpanan dan pameran cenderahati yang diterima oleh PSB.
Penggunaan ruang yang optimum sangat penting dalam memastikan ruang yang ada dapat digunakan sepenuhnya, kemas dan sedap mata memandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)