Pengenalan
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Tuesday, December 14, 2021
Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional SP 1
Pada 14 Disember PSB berbesar hati menerima satu lawatan penandaarasan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2. Satu pengiktirafan kepada PSB apabila menerima lawatan penandaarasan dari pihak luar. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Secara tidak langsung kami di PSB dapat bertukar pandangan dan hasilnya dapat diterapkan dan diamalkan di organisasi masing-masing.
Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Pusat Sumber dari Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2 seramai 10 orang. Lawatan tersebut bertujuan melihat kepada 5S PSB, berkolaboratif serta berkongsi maklumat tentang perjalanan aktiviti dan operasi perpustakaan.
Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022
Monday, December 13, 2021
Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021
Sambutan Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021, UiTM Cawangan Kedah berlansung secara sederhana tetapi meriah lantaran pandemik yang melanda seluruh dunia. Pada sambutan kali ini PSB, telah mendapat anugerah Pengurusan Maklumbalas Pelanggan Terbaik.
Meskipun semasa BDR (bekerja dari rumah) PSB terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna samada melalui atas talian, chat with librarian, kelas atas talian dan juga panggilan telefon. Dalam apa jua keadaan kami terus komited sebagai sokongan pembelajaran di IPTA khususnya di UiTM.
Sunday, December 5, 2021
Wednesday, December 1, 2021
Lawatan Penandaarasan Jabatan Penerangan Negeri Kedah
Pada 1 Disember PSB telah menerima satu lawatan penandaarasan dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah seramai 10 orang yang bertujuan ingin melihat secara dekat pengurusan fail dan rekod PSB. Taklimat Amalan QE5S disampaikan oleh Encik Amiruddin, Pustakawan Kanan PSB. Lawatan ini memberi satu penghormatan kepada PSB kerana MPC selaku badan pengurusan kualiti telah mencadangkan PSB sebagai penandaarasan QE5S.
Selain daripada penyimpanan dan pengurusan fail di dalam kabinet fail, PSB juga menggunakan cloud storage sebagai lokasi penyimpanan kerana kemampuan pengindeksan cloud storage yang mudah dan pantas serta boleh diakses di mana sahaja dan bila bila masa.
Penerangan sistem pengurusan fail dan rekod