Pengenalan
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...
Tuesday, December 8, 2020
Pengertian Logo
- Bentuk heksagon menggambarkan 5 aspek iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke serta UiTM Cawangan Kedah.
- Logo UiTM dalam bulatan menggambarkan UiTM Cawangan Kedah sebagai tempat yang mempraktikkan setiap aspek QE ini.
- Bulatan disetiap bucu menggambarkan setiap warga UiTM Cawangan Kedah saling bekerjasama bagi mewujudkan budaya QE ini.
- Keseluruhan logo berbentuk bulat dan terbuka di bahagian atas kiri menggambarkan kesungguhan UiTM Cawangan Kedah dalam mencapai objektif QE dengan berusaha dari semasa ke semasa mengikut acuan sendiri.
- Warna jingga menggambarkan aspek penegasan yang mana QE ini akan menjadi satu budaya yang perlu diberi perhatian.
- Warna Kelabu menggambarkan aspek neutral yang mana budaya QE ini dapat dipraktikkan di seantero UiTM Cawangan Kedah.
- Perkataan “Persekitaran Berkualiti Tingkatkan Produktiviti” merupakan moto QE yang dipegang oleh semua warga UiTM Cawangan Kedah.
Monday, December 7, 2020
Pensijilan Semula QE/5S 2020/2021
Sebelum dan selepas QE/5S
Sunday, December 6, 2020
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sultan Badlishah kemudianya berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 pada tahun 2002. Perpustakaan menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Integrated Library Management Utilities) untuk pengurusan bahan dan koleksi. Seramai 750 pengguna dapat dimuatkan di dalam satu masa. Pada akhir tahun 2002, perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Sultan Badlishah bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Sultan Kedah. Pada tahun 2018, perpustakaan telah menggunakan WILS (Web Integrated Library System) untuk menggantikan Sistem ILMU.
Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, Perpustakaan Sultan Badlishah mengorak langkah dalam memperolehi Pensijilan QE5S oleh MPC. Dengan komitmen kakitangan, kerjasama dan sokongan UiTM Cawangan Kedah secara amnya. Perpustakaan Sultan Badlishah pada 2014 berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan pertama oleh MPC.
Selama 6 tahun berturut-turut PSB berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan memperolehi Pensijilan QE5S. Bermula tahun 2018 MPC memperkenalkan penarafan pensijilan dengan penganugerahan bintang dalam sijil MPC. Perpustakaan Sultan Badlishah berjaya mendapat 3 bintang iaitu yang tertingi penarafanya. Lebih membangakan PSB berjaya mengekalkan selama 2 tahun berturut-turut
e-Census
Pada 7 Disember 2020 telah berlangsung Klinik e-Census dan Pengisian Online e-Census Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Pejabat Operasi Sungai Petani, Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah bertempat di Perpustakaan Digital, Perpustakaan Sultan Badlishah untuk kakitangan UiTM Cawangan Kedah. Perpustakaan Sultan Badlishah berkeyakinan dengan kemudahan fasiliti,persekitaran yang bersih dan selesa hasil Amalan Persekitaran QE5S mampu menawarkan venue untuk sebarang acara.
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia ini adalah yang ke-6 sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Uniknya kali ini adalah pertama kalinya Census dijalankan secara atas talian dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan dunia digital yang semakin berkembang maju. Census sebelum ini dilaksanakan dengan lawatan dari rumah ke rumah oleh kakitangan dan pekerja sambilan Jabatan Perangkaan Malaysia. Dengan perkembangan teknologi digital e-Census dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan rakyat Malaysia dapat mengisi secara layan diri di portal e-Census.
Jabatan Perangkaan melaksanakan Klinik e-Census ini dengan menyasarkan komuniti setempat di pusat komuniti serta membuat lawatan di badan berkanun dan jabatan kerajaan untuk memudahkan panduan dan tunjuk ajar diberikan.
e-Census ini penting untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan berdasarkan data banciaan terkumpul bagi tahun semasa.