Pengenalan
Pengenalan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada mulanya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan Sul...

Tuesday, December 14, 2021
Lawatan Penandaarasan Kolej Vokasional SP 1
Pada 14 Disember PSB berbesar hati menerima satu lawatan penandaarasan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2. Satu pengiktirafan kepada PSB apabila menerima lawatan penandaarasan dari pihak luar. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Secara tidak langsung kami di PSB dapat bertukar pandangan dan hasilnya dapat diterapkan dan diamalkan di organisasi masing-masing.
Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Pusat Sumber dari Kolej Vokasional Sg. Petani 1 & 2 seramai 10 orang. Lawatan tersebut bertujuan melihat kepada 5S PSB, berkolaboratif serta berkongsi maklumat tentang perjalanan aktiviti dan operasi perpustakaan.
Audit Pensijilan QE5S PSB 2021/2022
Monday, December 13, 2021
Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021
Sambutan Majlis Kemuncak Hari Inovasi & Kualiti 2021, UiTM Cawangan Kedah berlansung secara sederhana tetapi meriah lantaran pandemik yang melanda seluruh dunia. Pada sambutan kali ini PSB, telah mendapat anugerah Pengurusan Maklumbalas Pelanggan Terbaik.
Meskipun semasa BDR (bekerja dari rumah) PSB terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna samada melalui atas talian, chat with librarian, kelas atas talian dan juga panggilan telefon. Dalam apa jua keadaan kami terus komited sebagai sokongan pembelajaran di IPTA khususnya di UiTM.
Sunday, December 5, 2021
Wednesday, December 1, 2021
Lawatan Penandaarasan Jabatan Penerangan Negeri Kedah
Pada 1 Disember PSB telah menerima satu lawatan penandaarasan dari Jabatan Penerangan Negeri Kedah seramai 10 orang yang bertujuan ingin melihat secara dekat pengurusan fail dan rekod PSB. Taklimat Amalan QE5S disampaikan oleh Encik Amiruddin, Pustakawan Kanan PSB. Lawatan ini memberi satu penghormatan kepada PSB kerana MPC selaku badan pengurusan kualiti telah mencadangkan PSB sebagai penandaarasan QE5S.
Selain daripada penyimpanan dan pengurusan fail di dalam kabinet fail, PSB juga menggunakan cloud storage sebagai lokasi penyimpanan kerana kemampuan pengindeksan cloud storage yang mudah dan pantas serta boleh diakses di mana sahaja dan bila bila masa.
Penerangan sistem pengurusan fail dan rekod
Monday, November 29, 2021
Penyegar Udara Semulajadi
PSB secara berterusan komited dalam penjimatan perbelanjaan pengurusan. Dengan kreativiti kakitangan PSB daun pandan digubah menjadi jambakan bunga untuk dijadikan pewangi semulajadi. Daun pandan yang digubah ini diletakan di tandas kakitangan dan pelajar. Pokok pandan tumbuh subur di taman herba PSB menyebabkan sumber gubahan senang didapati.
Pertandingan QE5S
Kategori Zon Terbaik: Zon B
Kategori Kaunter Terbaik: Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
Thursday, November 18, 2021
Audit Jemputan Pra Pensijilan QE5S
Pada 18 November telah berlangsung pra-audit pensijilan oleh auditor jemputan Felo 5S, UiTM Cawangan Kedah sebagai satu penandaarasan sebelum audit pensijilan MPC untuk tahun 2021/2022. Audit ini juga akan menentukan pemenang bagi Kaunter Perkhidmatan Terbaik dan Zon Terbaik yang dipertandingkan saban tahun sebagai galakan dan kayu pengukur dalam amalan persekitaran berkualiti di PSB.
Wednesday, November 17, 2021
Gotong Royong Perdana PSB 2021
a
Wednesday, November 3, 2021
Penggunaan Ruang Optimum
Sunday, October 24, 2021
Pigeon Hole Marker
PSB menggunakan pigeon hole marker sebagai satu inovasi kepada kakitangan untuk menunjukan borang yang terdapat di dalam pigeon hole hampir kehabisan. Pigeon hole marker ini sangat penting dalam penjimatan penggunaan kertas dan kos salinan di mana kakitangan hanya perlu membuat salinan jika keseluruhan marker anak panah jelas kelihatan. Salinan baru boleh dibuat dengan salinan asal yang disediakan di bawah marker anak panah pigeon hole.
Monday, October 18, 2021
3R: Reuse, Reduce dan Recycle
Pada asalnya terminal ini merupakan SelfCheck Machine (Mesin Pinjaman Buku Layan Diri). Setelah sekian lama berbakti kepada pengguna mesin ini mengalami kerosakan dan tidak lagi pratikal untuk dibaikpulih dan digunakan.
Malalui Jawatankuasa Inovasi QE5S Perpustakaan Sultan Badlishah, mesin ini diubah suai menjadi ID CHECKIN Sistem PALS.
Jika membuat perolehan baru terminal seumpama ini harganya mencecah puluhan ribu ringgit. Dengan bermodalkan kreativiti Inovasi QE5S PSB dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan dengan konsep Reuse, Reduce dan Recycle.
Sunday, August 1, 2021
Label Tandas
Saturday, July 31, 2021
AQEC 2021
Berdiri belakang: Rozaini Yahaya Pembantu Pustakawan Kanan, Mat Asri Baharom Pembantu Pustakawan Kanan, Rosdi Hamad Rodzi Pembantu Pustakawan Kanan dan Noor Azlina Hamzah Pembantu Pustakawan Kanan.
Duduk depan: Muhamad Azrul Ayob Pembantu Pustakawan Tertinggi, Hamidah Mohd Pembantu Pustakawan Kanan dan Zakaria Muhammad Pembantu Pustakawan Kanan.